Persatuan Usahawan Graduan Malaysia (PUGM) ditubuhkan pada bulan September 2004. PUGM beroperasi sebagai penggerak utama bagi meningkatkan mutu serta pencapaian intelek yang berkeperibadian cemerlang dan berjaya untuk para ahlinya di dalam bidang keusahawanan. PUGM sehingga kini mempunyai keahlian seramai 2000 orang. Pelbagai pendekatan telah diambil antaranya melancarkan pelbagai aktiviti dan program berkaitan dengan keusahawanan dan sosial.
Merealisasikan Industri Pertanian Moden akan diperluaskan di kalangan graduan.
Menjadi platform kepada para graduan yang berminat untuk menceburi bidang pertanian moden sebagai satu sumber pendapatan lumayan yang tetap, berdaya saing dan maju.
Membuka peluang perniagaan dan pekerjaan kepada para graduan Malaysia.
Mentransformasikan Pertanian Moden sehingga slogan “Pertanian Satu Perniagaan” tercapai.
Mewujudkan rantaian dan rangkaian antara usahawan-usahawan tani bagi memasarkan hasil tani mereka.
Membuka peluang pekerjaan dan keusahawanan yang luas dan seterusnya menjadi pemangkin kepada projek berasaskan pertanian moden.